Pabrik Karpet Custom Kualitas Internasional

7 Tips Hilangkan Kotoran Pada Karpet Kesayangan Anda Di Rumah

Penggunaan karpet pada ruang tamu semestinya mencantikkan lagi suasana, di samping memberi keselesaan pada kita yang berjalan atau duduk di atasnya.

Tapi satu hal yang memeningkan adalah apabila karpet dicemari dengan pelbagai tumpahan makanan atau kesan kotoran. Tambahan pula jika karpet berwarna cerah. Ibu-ibu yang ada anak kecil terutamanya mesti cukup faham dengan situasi ini.

Kalau nak tahu, sebenarnya ada cara untuk menanggalkan kotoran-kotoran ini dengan mudah. Tak perlu khuatir lagi, hanya menggunakan bahan sedia ada di rumah.

7 TIPS HILANGKAN KOTORAN PADA KARPET KESAYANGAN ANDA DI RUMAH

1. TEKUPKAN TERLEBIH DAHULU

Pertama sekali, penting untuk anda fahamkan bahawa sebarang jenis kotoran paling mudah ditanggalkan jika ianya dicuci serta-merta. Lebih lama bertangguh, lebih susah ia nak ditanggalkan.

Untuk menyerap kotoran yang paling berkesan adalah dengan menekup, bukan menggosok. Sebolehnya, keluarkan kotoran sebanyak mungkin terlebih dahulu dengan cara yang tidak merebakkan lagi permukaannya sebelum mencucinya.

Kemudian, barulah gunakan beberapa bahan ‘magik’ seperti di bawah ini.

cara cuci karpet

Foto Kredit: bhg.com

2. BAKING SODA

Seperti yang kita tahu, selain untuk masakan, baking soda adalah ‘pencuci’ semulajadi yang sangat efektif. Caranya mudah, cuma bancuhkan baking soda dengan sedikit air dan beruskan pada kotoran atas karpet hingga kotoran tertanggal.

Jika karpet anda berbau kepam, hapak atau tidak enak, taburkan baking soda di atas seluruh permukaannya dan biarkan seketika. Selepas beberapa jam, vakumkan karpet anda seperti biasa. Boleh juga gunakan atas tilam untuk hilangkan bau hancing.

Foto Kredit: cnet.com

3. CUKA + BAKING SODA

Tips hilangkan kotoran karpet dengan cara yang lain adalah menggunakan Cuka, Kalau ada cuka di rumah, anda boleh kombinasikan cuka dan baking soda untuk kesan yang lebih kuat. Caranya hampir sama seperti di atas.

Mula-mula, taburkan baking soda ke atas kesan kotoran. Kemudian, tuangkan cuka ke atas taburan baking soda tersebut. Tunggu ia berbuih dan biarkan seketika sementara ia menyerap kotoran. Tekup dan lapkan seperti biasa.

Untuk menghilangkan bau yang tidak menyenangkan, campurkan 1 sudu cuka, 1 sudu baking soda dan 2 cawan air ke dalam botol spray. Semburkan pada keseluruhan karpet. Asid pada cuka akan membunuh bakteria dan menyahkan bau-bauan tersebut.

Foto Kredit: roxyonline.co.in

4. CUKA + SABUN PENCUCI PINGGAN

Gunakan 1/4 cawan cuka dan 1 sudu besar sabun pencuci pinggan. Bancuhkan dengan sedikit air dan masukkan larutan ini ke dalam bekas spray.

Semburkan pada bahagian yang terkena tumpahan makanan. Tekupkan dengan tuala yang bersih dan kering hingga kesan kotoran hilang.

tips membersihkan rumah

Foto Kredit: thebalance.com

4. KRIM PENCUKUR

Percaya atau tidak, krim pencukur atau shaving cream dikatakan sebagai salah satu penanggal kotoran karpet yang amat universal. Menurut laman web Popular Mechanics, ia boleh digunakan untuk menghilangkan hampir apa saja jenis kotoran.

Bagi anda yang ada krim pencukur di rumah, bolehlah sapukan sedikit di atas kotoran pada karpet dan biarkan ia meresap selama 30 minit. Kemudian, tekupkan dengan kain yang bersih dan kering.

Kalau nak lebih efektif, akhiri cucian dengan menyemburkan campuran cuka dan air dengan nisbah 1:1 dan lapkan seperti biasa.

Foto Kredit: ehow.com

5. LEMON + GARAM

Kedua-dua bahan ini dikatakan paling berkesan untuk menanggalkan kesan dakwat.

Caranya, belahkan lemon dan perahkan di atas kesan dakwat yang tumpah. Kemudian taburkan garam sehingga menutupi kesan kotoran. Tekan-tekankan garam supaya ia meresap dan bertindak ke atas kotoran. Kemudian tekupkan kain dan ulang beberapa kali sehingga kotoran benar-benar hilang.

Foto Kredit: pinterest.com

6. AIS

Kalau ada gula getah yang terlekat pada karpet, jangan panik.

Geserkan kesan gula getah tersebut dengar air sehingga ia cukup keras untuk ditanggalkan dengan mudah tanpa sebarang kesan lagi yang tinggal.

Foto Kredit: homedit.com

7. PENCUCI PINGGAN MANGKUK

Kebanyakan jenis makanan yang tertumpah pada karpet boleh dibersihkan dengan pencuci pinggan mangkuk, contohnya Joy. Ia berkesan menanggalkan kotoran dan minyak sebagaimana ia mencuci pinggan mangkuk anda.

Gunakan 1 sudu sabun cecair pinggan mangkuk dan tambahkan dengan 4 sudu air. Gosokkan kotoran dengan span atau kain bersih dan bilas dengan air suam. Tekupkan lebihan air dengan tuala kering jika perlu.

Foto Kredit: carpetgurus.com

JANGAN LUPA KERINGKAN

Selepas kotoran ditanggalkan, jangan lupa keringkan bahagian tersebut dengan sempurna. Bagi yang ada vakum, boleh sedut dengan vakum. Jika tidak, gunakan kipas atau hair dryer untuk mempercepatkan proses pengeringan.

Ingat, karpet yang dibiarkan lembap akan mengundang bakteria, menggalakkan pertumbuhan kulat, dan mengeluarkan bau. Nanti lagi susah nak cuci!

Tinggalkan Komentar

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

Kirim Pesan
1
Pesan Sekarang
Scan the code
PROMO TAHUN BARU
DISKON UP TO 30%
BELI SEKARANG!!!